Reza & Hajar's Portrait Session
As promised malam semalam, presenting to everyone my latest work.
Alhamdulillah sesi portraiture outdoor Reza dan Hajar telah berlangsung dengan amat lancar sekali. Biasanya kami akan buat outdoor shooting pada belah pagi untuk dapatkan warna yg lebih sejuk. Tapi untuk Reza dan Hajar, kami buat shooting pada waktu petang. Agak mencabar jugak kerana sesi ini melibatkan keadaan lighting yang agak harsh (terlalu keras) kerana matahari masih lagi terpacak. Susah jugak nak dapatkan angle2 menarik yang sesuai dengan keadaan lighting pada ketika itu.. Tapi alhamdulillah pada hujung2 sesi ini matahari telah mula turun pada sudut yang agak menarik memberikan saya satu kesan pencahayaan yang terbayekkk! :D
Taman Tasik Taiping tidak pernah mengecewakan saya..
Selamat pengantin baru my new friend Reza and Hajar. Semoga berbahagia ke akhir hayat..
Ramadhan Al-Mubarak
Pejam celik pejam celik dah sampai masanya kita menyambut bulan yang paling dinanti2kan oleh setiap muslim seluruh dunia. Bulan suci bulan mulia bulan penghapusan dosa dan segala yang elok.
InsyaAllah kita semua dapat menunaikan ibadat puasa dan beramal tanpa sebarang halangan dan godaan nafsu sendiri.
Ingin saya mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan kepada semua, "Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa".
:D
[photoxhibit=1]