Wah.. Lama jugak saya "berjaya" tak update blog ni.. Terlalu sibuk sekarang ni dengan beberapa projek baru semenjak berpindah ke USJ ni.. Alhamdulillah tindakkan "Hijrah" ni nampaknya membuahkan hasil..
Saya baru sahaja balik dari bercuti (sambil bekerja.. tapi banyaknya kerja lah.. :P ) ke Bandung minggu lepas bersama keluarga.. Lepas balik je terus busy dengan macam2 perkara.. Gambar2 perlu di edit, website perlu dibuat, email perlu dijawab, bill perlu dibayar (bayar lambat sebab nak shopping kat Bandung dulu.. hehehe..), vendor baru untuk dijumpa dan macam2 hal lagi.. But semua ni menggembirakan saya kerana saya tahu bahawa "Being busy is good".. Tapi balasannya saya perlu berdepan dengan migrain yang agak kerap lah.. Well, its part of growing up.. InsyaAllah one day saya akan kurang bekerja dan kurangkan serangan migrain ni..
Joe weds Fieza
Okay.. Kembali kepada topik besar di atas..
Assignment kali ini adalah antara wedding yang agak cool bagi saya pada tahun ini.. Asalnya Fieza memilih untuk ambil pakej Yanty.. Tapi atas sebab2 tertentu Yanty tak dapat pergi dan saya gantikan Yanty sebagai photographer Fieza pada hari itu.. Saya turun bersama2 Shafeeq untuk assignment ni.. Best jugak rasanya sebab dah lama tak berganding bahu dengan Shafeeq.. Decoration untuk wedding Fieza pun telah diberikan kepercayaan kepada kawan baik saya, Razak dari D'Anjung RF Bridal dari Taiping.
Bila kami sampai je kat venue Fieza ni, terus je kitorg macam "WOW!" tengok decoration Fieza ni.. The theme was gorgeous.. Merah dan Hitam.. I likeeee~
So, our shutters starts to berbunyi lah lepas tu.. Starts dari make up, ke majlis pernikahan, batal wudhu, makan2 dan dihabiskan dengan simple portraiture.. To my surprise, after travelling 3 jam and lepas habis shooting, I was still full of energy.. I assume that it was because the suasana masa tu betul2 happening dengan gelak tawa semua orang which then transmits all the positive energy around.. Best!
Okay guys.. Terimalah part 1 of your wedding pics k..






[photoxhibit=3]